Monday, 11 April 2011

PAS DI PERBODOHKAN OLEH DAP DAN PKR

Setelah melihat kepada jumlah kerusi di parlimen, puteri merasakan bahawa Parti PAS memang di perbodoh-bodohkan oleh PKR dan DAP. Ini kerana jumlah kerusi yang di menangi oleh PAS hanya berjumlah 23 kerusi berbanding 24 PKR dan DAP sebanyak 29 kerusi.
Cuba kita bandingkan kesemua kerusi-kerusi tersebut, mampukah parti PAS melaksanakan dasar-dasar yang telah dirangka, sedangkan mereka tidak mempunyai kuasa majoriti sekiranya PR memerintah.
PKR pula mempunyai 24 kerusi di parlimen dan PR melantik DS Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang dalam parlimen. Menjadi bahan ketawa apa bila orang yang tidak mempunyai majoriti di beri kuasa untuk mewakili kuasa majoriti.
Sayang sungguh bila perancangan yang telah dibuat bertahun-tahun akhirnya tenggelam oleh suara-suara yang memang anti dengan penubuhan Negara islam di Malaysia. Satu lagi, jika PR memerintah sejauh mana PAS dapat bersuara.
Mungkin nanti akan terjadi lagi himpunan protes yang akan dilakukan oleh puak-puak PAS kerana tidak berpuas hati dengan portfolio yang di serahkan kepada ahli parlimen PAS. Kalau menteri mungkin sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (di bawah Anwar Ibrahim) dan kalau di kementerian hanya layak untuk memegang jawatan Timb. Menteri .
PKR pula hanya mampu untuk duduk sebagai Perdana Menteri dan Timb. Perdana Menteri 1. Manakala yang boleh membuat keputusan pula hanyalah Timb. Perdana Menteri 2 (DAP) yang mempunyai kuasa majority untuk membuat undian.
Para pembaca sekalian, adakah ini parti yang dikatakan layak untuk mentadbir Negara ini? Renung-renungkanlah. PAS wujud dari serpihan UMNO, PKR juga wujud dari serpihan UMNO, kenapa wujud serpihan-serpihan ni, kedua-dua pemimpin parti ini tidaklah memperjuangkan seperti apa yang mereka laungkan, tetapi hanya lebih kepada memperjuangkan hak peribadi dan kroni.
Puteri juga merasa musykil, apa bila Ds Anwar Ibrahim ynag dulunya begitu lantang bersuara menghentam pembangkang, akhirnya menjadi ketua pembangkang dengan mengatakan bahawa kerajaan BN yangmemerintah selama ini tidak betul, tidak memperjuangkan hak rakyat, tidak telus, rasuah dan sebagainya, perlu diingat disini bahawa DS Anwar satu ketika dulu pernah menjawat jawatan sebagai Timb. Perdana Menteri Malaysia. Ini bermakna beliau mengatakan diri beliau sendiri begitu. Setelah rahsia demi rahsia beliau dibongkar oleh pemimpin UMNO beliau merasa tergugat dan setelah dibebaskan dari penjara atas tuduhan meliwat, beliau mulai bersuara mengatakan kerajaan BN tidak sempurna. Kepada penyokong-penyokong PKR dan PAS, percayalah Anwar Ibrahim tidak akan mempertahankan apa yang beliau katakana pada hari ini.  

No comments:

Post a Comment