DUN Satok: Kekecohan tercetus di Dewan Datuk Merpati Jepang. Bberapa orang dari pembangkang cuba untuk menarik perhatian polis dengan mengatakan wujud pengundi hantu di peti undi tersebut, bagaimana pun Pengerusi Pemuda BN, Datuk fadillah Yusof yang berada berdekatan pusat pembuangan undi telah meminta pas masuk mereka dan mereka gagal untuk menunjukkan pas tersebut beserta borang sumpah kerahsiaan.
Keadaan bertambah kecoh bila penyokong PKR gagal untuk keluar dari kawasan 50 meter dari pusat pembuangan undi walaupun di kerah oleh pihak polis untuk berbuat demikian. Keadaan ini memaksa pihak FRU dikerah untuk meleraikan suasana tegang di tempat kejadian.
Bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok, pertandingan satu lawan satu menyaksikan calon BN Datuk Amar Abang Johari Tun Openg menentang calon PKR, Ahmad Nazib Johari.
Ini memang budaya pembangkang apabila merasakan kekalahan bakal menjelma kepada mereka. Meraka tetap akan mencetuskan kontroversi demi kontroversi demi untuk meraih kemenangan simpati dan undi kasihan dari para pengundi. Teruskan perjuangan jentera BN insyaalah kemenangan berpihak pada kerajaan "SARAWAK MANSANG"

No comments:
Post a Comment